BANGKOK: “Anak baru sahaja memberikan saya dan mama sejumlah wang untuk dibawa ke umrah, tak sangka itulah pemberian terakhirnya,” kata ayah kepada atlet paragliding negara, Muhammad Nurniqmat Ruslan, yang meninggal dunia selepas terjatuh ketika menjalani latihan di pantai Hua Hin, Prachuap Khiri Khan.
Ruslan Mehat, 64, berkata anak bongsunya itu telah memberikan sejumlah wang pada hujung tahun lepas dan awal tahun ini sebelum kejadian.
“Nurniqmat telah memberikan wang itu dengan niat untuk berbakti kepada keluarga dan membantu kami menunaikan umrah nanti. Namun ketika itu, kami tidak menyangka apa-apa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen, Bangkok, pada Sabtu.
Ruslan berkata beliau mendapat tahu mengenai kemalangan itu pada petang Jumaat dan segera menempah tiket penerbangan untuk ke Bangkok awal pagi Sabtu sebelum meneruskan perjalanan ke Hua Hin.
Beliau berkata Nurniqmat, 31, yang bertugas sebagai jurutera sokongan teknikal di kilang IBM, merupakan seorang yang penyayang terhadap keluarga dan aktif dalam sukan paragliding sejak dua tahun lepas.
“Kami tidak menyangka dia akan terlibat dalam kemalangan dan pergi buat selama-lamanya. Saya reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Ruslan turut memaklumkan bahawa anak bongsunya itu merupakan pesakit buah pinggang dan menjalani pemindahan buah pinggang dua tahun lepas.
“Arwah sangat gembira selepas menerima buah pinggang dan sering bersyukur kerana organ yang saya dermakan itu sesuai dengan badannya,” katanya dengan nada sebak.
Beliau juga menyatakan penghargaan kepada petugas Kedutaan Besar Malaysia di Thailand yang banyak membantu menguruskan jenazah dari Hua Hin ke Bangkok untuk dikebumikan.
Sementara itu, rakan arwah, Rafiee Aziz, 48, yang turut menjalani latihan di Hua Hin ketika kejadian berkata Nurniqmat adalah seorang atlet berbakat dan telah layak ke pra Piala Dunia Paragliding di India pada Februari serta Kejohanan Asia di Kazakhstan pada Mei.
“Kami sama-sama sedang menjalani latihan di pantai Hua Hin dan cuaca ketika itu agak baik, namun tiba-tiba kemalangan berlaku dan Nurniqmat terjatuh ke laut.
Saya bersama rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkannya, namun arus pada ketika itu sangat kuat. Nurniqmat kemudian disahkan meninggal dunia di hospital di Hua Hin,” katanya.
Jenazah Nurniqmat telah disolatkan di sebuah masjid di Hua Hin sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Darul Abideen di Bangkok dan selamat dikebumikan pada pukul 6 petang waktu tempatan.
Allahyarham merupakan adik kepada petugas Bernama Radio, Nurliyana Farhah Ruslan, yang bertugas di Kuala Lumpur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager