BANDUAN BEBAS AWAL TERHARU DIBERI PENGAMPUNAN AGONG
SEREMBAN: Tanggal 31 Ogos bukan sahaja merupakan Hari Kebangsaan buat seorang banduan dikenali sebagai Teck, 52, malah tarikh bermakna itu akan diingatinya sampai bila-bila susulan mendapat pembebasan dua bulan lebih awal.
Timbalan Pengarah Penjara Seremban Muhammad Naim Amir (duduk) semasa membacakan watikah pembebasan awal Teck, 52, selepas mendapat perkenan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong ke -16, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, hari ini. — Bernama
SEREMBAN: Tanggal 31 Ogos bukan sahaja merupakan Hari Kebangsaan buat seorang banduan dikenali sebagai Teck, 52, malah tarikh bermakna itu akan diingatinya sampai bila-bila susulan mendapat pembebasan dua bulan lebih awal.
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-67 hari ini.
Teck yang kelihatan ceria ketika ditemui pemberita berkata dia merasa terharu dan gembira dengan pengampunan yang diterima itu sehingga tidak dapat tidur lena malam tadi berikutan terlalu teruja.
Dia yang berasal dari Jelebu itu berkata perkara pertama yang ingin dilakukan selepas dibebaskan adalah untuk menghabiskan masa bermain dengan tiga anaknya di rumah berikutan hampir 10 tahun tidak dapat berbuat demikian.
“Sebelum ini banyak jenayah yang saya lakukan, merompak dan menyamun, bila ingat semula saya rasa sangat menyesal, ia adalah perbuatan yang salah. Selepas ini saya mahu bersama keluarga sepuas-puasnya, saya sayangkan mereka dan saya berjanji tidak akan ulang kesilapan itu.
“Ia membawa sinar baharu untuk saya. Saya nasihatkan kepada semua supaya jangan sesekali terlibat dengan kegiatan jenayah, jaga keluarga, anak dan isteri baik-baik, ia bagai mimpi ngeri sekiranya anda dimasukkan ke penjara,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Penjara Seremban Muhammad Naim Amir berkata Teck yang menjalani hukuman di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin bertuah kerana namanya terpilih setelah mendapat perkenan Perintah Pembebasan Awal pada 22 Dis tahun lepas.
Beliau berkata Teck yang dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan itu berjaya mendapat pengampunan setelah empat tahun menunggu namanya diusulkan kepada Lembaga Pengampunan dan hari ini ialah tarikh pelaksanaan pembebasan awalnya.
“Dia diberikan pembebasan dua bulan awal daripada tempoh sebenar setelah menjalani hukuman hampir 10 tahun di Penjara Bentong dan Penjara Sungai Buluh sebelum ditukarkan ke PRP Mantin,” katanya ketika ditemui selepas membaca watikah pembebasan awal di PRP Mantin, di sini hari ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.