Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: 12 LALUAN DITUTUP KEPADA LALU LINTAS DI KELANTAN

DALAM NEGARA

BANJIR: 12 LALUAN DITUTUP KEPADA LALU LINTAS DI KELANTAN

KOTA BHARU: Sebanyak 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini.

Penduduk Kampung Chawas, Shukri Ismail, 55, (kanan) dibantu penduduk setempat menolak keluar keretanya untuk dipindahkan ke tempat yang tinggi berikutan kampung terbabit dinaiki air banjir awal pagi tadi. — Bernama

KOTA BHARU: Sebanyak 12 laluan melibatkan empat jajahan di Kelantan ditutup akibat banjir yang melanda negeri itu setakat pukul 2 petang ini.

Menurut portal laman rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui http://bencanaalam.jkr.gov.my, empat laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala lapan laluan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja.

Laluan yang ditutup kepada semua kenderaan ialah dua di Tanah Merah iaitu jalan masuk ke loji air Bukit Remah dan Jalan Bukit Panau – Bendang Nyior, serta dua di Pasir Mas iaitu Jalan Pengkalan Rakit – Batu Karang dan jalan Sekolah Kebangsaan Tok Deh. 

Sementara itu, empat laluan di Pasir Puteh ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu, FT003 jalan Kota Bharu – Kuala Terengganu (Panggong 3 Daerah), jalan Pasir Puteh – Gong Kelih (Kg. Chengal Pulas) dan jalan Gaal – Kg. Bukit.

Di Kuala Krai pula, dua laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan melibatkan jalan Sg. Durian -Chenulang dan jalan Bukit Sireh – Kampung Bedal – Kuala Nal. 

Di Pasir Mas, dua laluan iaitu jalan Tok Deh – Gual Periok dan jalan Bakat – Kubang Kuau turut ditutup kepada kenderaan ringan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading