KUALA TERENGGANU: Penduduk di kawasan berisiko dan terjejas banjir diminta supaya tidak panik dan sentiasa peka dengan amaran serta arahan pihak berkuasa.
Seorang lelaki meredah banjir selepas rumahnya dilanda banjir semasa tinjauan di Kampung Besut di sini berikutan hujan lebat berterusan hari ini. — Bernama
KUALA TERENGGANU: Penduduk di kawasan berisiko dan terjejas banjir diminta supaya tidak panik dan sentiasa peka dengan amaran serta arahan pihak berkuasa.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata situasi banjir di negeri ini semakin buruk apabila enam daerah sudah mula dilanda bencana tersebut setakat ini.
Sehubungan itu katanya penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa, terutama sekali jika diminta untuk berpindah demi keselamatan semua.
“Banjir gelombang kedua ini seperti dijangka lebih buruk berbanding gelombang pertama awal bulan ini. Dalam tempoh 12 jam hanya dua daerah iaitu Marang dan Kuala Nerus yang belum dinaiki air.
“Orang ramai perlu lebih berwaspada kerana situasi ini dijangka berterusan hingga 22 Dis susulan ramalan taburan hujan lebat ekstrem yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata setakat ini semua urusan pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah berjalan lancar.
Malah beliau amat berpuas hati dengan komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Menurutnya lagi setakat ini semua keperluan termasuk makanan, khemah dan keperluan asas di PPS mencukupi kerana persiapan awal sudah dilakukan sebelum musim Monsun Timur Laut (MTL).
“Semua pihak menjalankan tugas dengan cekap, tiada rungutan kami terima daripada mangsa dari segi pemindahan, agihan makanan dan barangan keperluan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests