Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANTUAN BERTIMBUN DI MESIR, PBB BIMBANG KEBULURAN DI GAZA MEMBURUK

DUNIA

BANTUAN BERTIMBUN DI MESIR, PBB BIMBANG KEBULURAN DI GAZA MEMBURUK

Penutupan lintasan Rafah dari Mesir menyebabkan penghantaran 82,000 tan metrik bantuan terhenti

Foto: Arkib

Bantuan makanan dan ubat-ubatan untuk rakyat Palestin di Gaza masih bertimbun di Mesir berikutan lintasan Rafah masih ditutup.

Pegawai Kanan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, Edem Wosornu, berkata pihaknya bimbang bekalan makanan dan bahan api tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Gaza ketika perang kian memuncak.

“Kami hilang kata-kata untuk menggambarkan apa yang berlaku di Gaza. Kami sudah menggambarkannya sebagai malapetaka, mimpi ngeri, sebagai neraka bumi. Keadaan kini lebih teruk lagi,”

Tambah beliau, penutupan lintasan Rafah dari Mesir menyebabkan penghantaran 82,000 tan metrik bantuan terhenti.

Menurut Mesir, lintasan Rafah ditutup kerana bimbang dengan ancaman akibat operasi ketenteraan.

Selain lintasan Rafah, akses menerusi Kerem Shalom juga terhad.

Situasi itu meletakkan Utara Gaza dalam keadaan kritikal dan PBB bimbang masalah kebuluran akan bertambah buruk.

Sementara itu, pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), memaklumkan lebih 500 tan bantuan kemanusiaan sudah dihantar ke jeti terapung sementara di Gaza, namun hanya sedikit yang dihantar ke gudang PBB – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading