Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS PERSIARAN TERBABAS, 42 PENUMPANG TERSELAMAT

DALAM NEGARA

BAS PERSIARAN TERBABAS, 42 PENUMPANG TERSELAMAT

Seramai 41 penumpang dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh, pagi tadi.

IPOH: Seramai 41 penumpang dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik selepas bergesel dengan sebuah kereta dalam kejadian di kilometer 264.5 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pagi ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar  ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.28 pagi. 

“Semua mangsa termasuk pemandu kereta selamat dan difahamkan bas dinaiki warga emas itu dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju ke Ipoh bagi menghadiri majlis keagamaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. 

Sabarodzi berkata pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikerahkan bagi membantu pegawai kesihatan memberi rawatan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading