Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAU BUSUK BONGKAR KEMATIAN WARGA EMAS DI MUAR

DALAM NEGARA

BAU BUSUK BONGKAR KEMATIAN WARGA EMAS DI MUAR

Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.

Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU: Bau busuk di hadapan rumah membawa kepada penemuan mayat lelaki warga emas yang tinggal bersendirian di Jalan Perdana 2, Taman Perdana, dekat Muar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata warga tempatan berusia 75 tahun itu tidak dapat dihubungi oleh anak saudaranya sebelum bertindak pergi ke rumah mangsa untuk memeriksa kira-kira 10.47 malam.

“Pihak polis menerima maklumat daripada anak saudara mangsa yang telah pergi ke rumah tersebut dan memberitahu menghidu bau busuk di hadapan rumah bapa saudaranya itu.”

“Mangsa bagaimanapun telah dijumpai terbaring di atas katil, dipercayai telah lama meninggal dunia di ruang tamu rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kematian lelaki itu kemudian disahkan oleh pasukan perubatan daripada Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar yang turut berada di lokasi kejadian.

Raiz Mukhliz berkata hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan atau tanda perbuatan jenayah di tubuh badan mangsa dan hasil semakan rekod perubatan di hospital mendapati mangsa pernah menerima rawatan pada 11 Dis tahun lepas kerana kekurangan darah. 

Beliau berkata mangsa juga menghidap penyakit prostat dan telah mendapatkan suntikan COVID-19, sekali gus menjelaskan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azhar Khalil menerusi kenyataan berasingan berkata pihaknya turut ke lokasi kejadian bagi membuka pintu rumah mangsa yang terkunci dengan bertindak memotong mangga.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading