JENAZAH DATUK, CUCU MANGSA KEMALANGAN DIKEBUMI DALAM SATU LIANG LAHAD
Jenazah datuk dan cucu tiri yang maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis, di sini tengah hari tadi.
Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 30 (empat, kiri) menyiram air mawar ke pusara anaknya Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2, selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis hari ini. Jenazah datuk dan cucu tiri yang maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 153, Jalan Jerangau- Jabor, Kemaman dikebumikan dalam satu liang lahad pada 12.45 tengah hari tadi selepas solat jenazah di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit. –fotoBERNAMA
KUALA NERUS: Jenazah datuk dan cucu tiri yang maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 153, Jalan Jerangau-Jabor, Kemaman, semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis, di sini tengah hari tadi.
Mangsa, Abd Halim Ismail, 71, yang maut di tempat kejadian dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2, yang meninggal dunia di Hospital Kemaman akibat pendarahan otak, dikebumikan dalam satu liang lahad pada 12.45 tengah hari tadi selepas solat jenazah di kediaman mereka di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit.
Bapa kepada Alisha Mardhiah, Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 30, berkata beliau tidak menyangka perubahan sikap yang ditunjukkan anaknya petanda beliau akan pergi selama-lamanya.
Beliau yang merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) di Kuala Lumpur, berkata beberapa hari sebelum kejadian Alisha Mardhiah yang lebih mesra dengan panggilan Icha enggan bermain dengannya dan hanya mahukan ibunya.
“Sejak pulang ke rumah Khamis lepas, Icha seperti tak mahu berenggang dengan ibunya…dengan saya pun dia susah nak dekat.”
“Dalam hati memang terasa agak pelik, tetapi saya sangka ia hanya perangai budak-budak. Mungkin juga sebab kami tinggal berjauhan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Polis hari ini.
Muhammad Ubaidillah Zikri berkata kemalangan semalam berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Batu Rakit selepas menghadiri rumah terbuka sepupu isterinya di Perasing.
Menurut beliau ibu mertuanya, Zaiton Mohamad, 57, masih dirawat di Hospital Kemaman akibat patah paha, manakala isterinya, Nurul Fatihah Azman, 28, yang patah tangan dibenarkan pulang untuk menghadiri majlis pengebumian anak perempuan mereka.
“Menurut doktor, anak dalam kandungan isteri yang berusia lima bulan juga telah meninggal dunia akibat hentakan kuat. Rawatan susulan akan diberikan selepas ini,” katanya.
Dalam kejadian semalam, enam mangsa termasuk Abd Halim dan Alisha Mardhiah maut, manakala tujuh lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung.
Empat lagi mangsa yang maut ialah Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Tuan Yah Dollah, 61; dan Rosliza Mat Hussin, 38.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests