Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL BERBAJU MELAYU BUAT AKSI BERBAHAYA DIBURU POLIS

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL BERBAJU MELAYU BUAT AKSI BERBAHAYA DIBURU POLIS

Polis sedang giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya sambil membonceng seorang wanita.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Polis sedang giat mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya sambil membonceng seorang wanita.

Pengarang Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim berkata, pihaknya memburu suspek susulan sebuah video yang tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

“Video itu memaparkan penunggang motosikal berkenaan lengkap berpakaian baju melayu sambil membonceng seorang wanita di belakangnya.”

“JSPT Bukit Aman telah mengarahkan JSPT Kontinjen Kelantan untuk mengesan suspek yang menunggang motosikal secara berbahaya untuk siasatan lanjut.”

“Aksi secara berbahaya itu merupakan kesalahan di bawah seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Pihak polis meminta penunggang motosikal tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada JSPT Kontinjen Kelantan atau balai polis yang berdekatan dengan segera.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading