Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKALAN AIR STABIL PETANG INI – AIR SELANGOR

DALAM NEGARA

BEKALAN AIR STABIL PETANG INI – AIR SELANGOR

Home » Pengurusan Air Selangor | SMS & Helpline:15300

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) hari ini menjelaskan 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dijangka kembali menerima bekalan air yang stabil bermula jam 3 petang ini.

Perkara itu susulan daripada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dalam tempoh 5 jam yang berpunca pencemaran air mentah di Sungai Selangor pagi tadi.

Sementara itu dalam kenyataannya yang dikeluarkan jam 1 tengah hari tadi, Air Selangor memaklumkan, susulan daripada gangguan berkenaan, pihaknya menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas.

Bagaimanapun keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.”

ELINA BASERI
Ketua Komunikasi Korporat
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Dalam pada itu, Air Selangor memaklumkan, sebarang gangguan bekalan air tidak berjadual akan dikongsi dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang http://www.airselangor.com – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading