Tag Archives: Air Selangor

PENGECUALIAN BIL AIR JANUARI UNTUK MANGSA BANJIR DI KL, SELANGOR

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memberikan pengecualian bayaran bil air bagi Januari depan kepada pengguna akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini. Dalam kenyataan hari ini, Air Selangor memaklumkan pengecualian itu adalah sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) diumumkan Kerajaan Negeri Selangor. Dalam kenyataan

Read more

TEMPOH GANGGUAN BEKALAN AIR IKUT LOKASI, TEKANAN AIR

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah dimulakan pada jam 9:00 pagi hari ini mengikut jadual seperti yang telah diumumkan pada 1 Oktober 2021. Ketua Komunikasi Korporat Elina Baseri berkata, kerja-kerja penyenggaraan aset utama ini dijangka akan siap pada jam

Read more

BEKALAN AIR STABIL PETANG INI – AIR SELANGOR

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) hari ini menjelaskan 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dijangka kembali menerima bekalan air yang stabil bermula jam 3 petang ini. Perkara itu susulan daripada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau

Read more

HENTI TUGAS LOJI, PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH DI SUNGAI SELANGOR

KUALA LUMPUR: Bekalan air di 1,274 kawasan di Selangor sekali lagi terjejas apabila Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang dihenti tugas awal pagi tadi. Tindakan diambil berikutan pencemaran air sumber mentah dikesan di Sungai Selangor. LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada 11.30 malam semalam, manakala LRA Sungai Selangor pula pada jam

Read more

SUNGAI SELANGOR TERCEMAR LAGI, LEBIH SEJUTA AKAUN BERDEPAN MASALAH AIR

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengesan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi. Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan pencemaran ini telah mengakibatkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang. “Bagi proses pencairan dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat dalam Sungai Selangor, tindakan segera telah dilakukan

Read more

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KLANG DAN SHAH ALAM DIJANGKA PULIH TENGAH HARI INI

KUALA LUMPUR: Insiden paip pecah yang mengakibatkan gangguan bekalan air di 15 kawasan di Klang dan Shah Alam dijangka pulih sepenuhnya 12.30 tengah hari ini. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata ada pengguna yang sudah mula menerima bekalan air seawal 4.30 pagi tadi. Pemulihan air di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi

Read more

CEMAR SUNGAI GONG: AGONG MURKA, TITAH PELAKU DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS

KUALA LUMPUR: Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah pihak bertanggungjawab terhadap pencemaran Sungai Gong perlu dikenakan tindakan tegas dan hukuman lebih berat. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, tindakan tegas itu bagi memberi pengajaran agar kes pencemaran seumpama itu tidak berulang. Baginda bertitah, pencemaran sungai yang menjejaskan

Read more

GAMBAR TULAR: MB SELANGOR, ISTERI MOHON MAAF

SHAH ALAM: Menyedari tindakannya mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak khususnya warganet, isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad tampil memohon maaf di atas kekhilafannya. Permohonan maaf itu susulan beberapa keping gambar dan posting di laman Instagram-nya yang dilihat mengundang salah tafsir orang ramai, terutama gambar lori tangki air milik Air Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, dan

Read more

EMPAT LOJI RAWATAN AIR TERKESAN PENCEMARAN KEMBALI BEROPERASI

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam tadi secara berperingkat. Kempat-empat LRA ini, menurut Air Selangor mengambil masa 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA. Menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor,

Read more

PENCEMARAN BAU SUNGAI: EMPAT BERADIK PEMILIK KILANG DITAHAN

KUALA LUMPUR: Empat lelaki pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang ditahan polis. Lapor Bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kesemua suspek berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi bermula kira-kira 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi. “Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada yang ditahan

Read more
« Older Entries