GAMBAR TULAR: MB SELANGOR, ISTERI MOHON MAAF

Sumber: Sinar Harian

SHAH ALAM: Menyedari tindakannya mengundang rasa kurang senang pelbagai pihak khususnya warganet, isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad tampil memohon maaf di atas kekhilafannya.

Permohonan maaf itu susulan beberapa keping gambar dan posting di laman Instagram-nya yang dilihat mengundang salah tafsir orang ramai, terutama gambar lori tangki air milik Air Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, dan gambar mandi manda di kolam renang.

Masdiana bagaimanapun menafikan kehadiran lori tangki air berkenaan adalah bagi mengisi kolam renang untuk keluarganya bermandi manda.

Permohonan maaf Masdiana dibuat di laman Facebooknya semalam.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera…Saya menyedari kekhilafan di pihak saya memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.

Datin Seri Masdiana Muhamad
Isteri Menteri Besar Selangor

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak.”

Datin Seri Masdiana Muhamad
Isteri Menteri Besar Selangor

Jelas Masdiana, beliau sebenarnya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lepas, dan bukannya niat untuk bermegah-megah.

Sumber: FB Pekawanis

Malah gambar yang dimuatnaiknya juga, jelas Masdiana sebagai menterjemah rasa bersyukur dengan kehadiran lori tangki Air Selangor selepas seharian menunggu.

Menurutnya, beliau akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air terutama golongan ibu dan warga emas.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari siang tadi turut membuat permohonan maaf kepada semua, susulan gambar-gambar yang tular berkenaan.

“Beliau (Masdiana) hanya nak sampaikan rasa gembira terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor setelah seharian menunggu bantuan datang.”

Datuk Seri Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor

Amirudin ditemui selepas program Dialog Belanjawan Negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, Shah Alam. – AlHijrah Online / Faez Baderolhesam

Leave a Reply