Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN CADANG LANTIK GURU TAKMIR DALAM KALANGAN ORANG ASLI

DALAM NEGARA

KERAJAAN CADANG LANTIK GURU TAKMIR DALAM KALANGAN ORANG ASLI

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk mewujudkan program khas melantik guru takmir dalam kalangan masyarakat orang asli sebagai antara usaha untuk meningkatkan syiar Islam dalam kalangan golongan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, cadangan itu juga bertujuan memastikan setiap penempatan orang asli mempunyai guru takmir.

“Asalnya memang guru takmir di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang mengaturkan tempat-tempat pengajaran.

“Tetapi kita hendak kalau boleh ada sedikit perubahan yang lebih bersifat holistik, yang lebih bersifat menyeluruh dari segi penyampaian dan tugasannya supaya semua tempat ada guru-guru takmir, insya-Allah,” katanya.

Zulkifli berkata perbincangan lanjut mengenainya sedang dilakukan dan ia dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, guru takmir yang dilantik akan memfokuskan kepada fardhu ain serta perkara-perkara asas fardhu kifayah seperti solat dan puasa.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Kembara Kasih Mualaf 2020 di Kampung Kuala Boh, Ringlet, Cameron Highlands hari ini.

Program berkenaan dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama JAKim, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading