Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUNGAI SELANGOR TERCEMAR LAGI, LEBIH SEJUTA AKAUN BERDEPAN MASALAH AIR

DALAM NEGARA

SUNGAI SELANGOR TERCEMAR LAGI, LEBIH SEJUTA AKAUN BERDEPAN MASALAH AIR

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengesan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 2 pagi tadi.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan pencemaran ini telah mengakibatkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang.

“Bagi proses pencairan dan ‘flushing’ bahan pencemaran yang terdapat dalam Sungai Selangor, tindakan segera telah dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air mentah dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari.

“Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter sehari untuk tujuan yang sama. Sehingga jam 6.30 pagi tadi, pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON,” jelas kenyataan Air Selangor.

Tambah Air Selangor henti tugas empat loji rawatan air itu akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Senarai kawasan terjejas boleh dirujuk di https://www2.airselangor.com/uploads/LAMPIRAN%20A.pdf.

“Air Selangor menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk urusan kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300,” menurut kenyataan.

Dalam pada itu Air Selangor memaklumkan amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Oleh itu segala usaha akan dilakukan Air Selangor bagi mengurangkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading