COVID-19: 701 KES SEMBUH, 871 KES BAHARU

PUTRAJAYA: 871 kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini merupakan bilangan paling tinggi sejak pandemik ini menular di Malaysia.

Daripada 871 kes baharu positif, 702 kes (80.6 peratus) dicatat di Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sudah melepasi angka 20,000 iaitu sebanyak 20,498 kes.

“Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan,” katanya.

Bagaimanapun, kes sembuh baharu untuk hari ini direkodkan paling tinggi, iaitu sebanyak 701 kes.

Pecahan kes sembuh baharu mengikut negeri adalah Kedah (411 kes), Sabah (221 kes), Selangor (64 kes), Negeri Sembilan dan Johor (masing-masing dua kes), dan Sarawak (satu kes).–AlHijrah Online

Leave a Reply