Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: TIGA LAGI SEKOLAH DITUTUP DI PERAK

DALAM NEGARA

COVID-19: TIGA LAGI SEKOLAH DITUTUP DI PERAK

IPOH: Tiga lagi sekolah di Perak ditutup selama tujuh hari bermula hari ini berikutan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan warganya.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki dan Sekolah Kebangsaan (SK) Klebang Jaya masing-masing di Chemor, Ipoh manakala SK Tanah Kebun di Parit Buntar.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menerusi satu surat rasmi memaklumkan penutupan tersebut bermula 19 sehingga 25 Oktober ini.

Ia bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dapat dijalankan selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penutupan terbabit menjadikan keseluruhan 10 sekolah dilaporkan ditutup di Perak sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda negara, September lalu.

Sebelum ini, tujuh sekolah yang tutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist, SMK Bukit Jana, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang dalam daerah Larut Matang Selama.

Sebuah lagi sekolah adalag SK Lekir di Batu 8 dekat Sitiawan. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading