Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: PELAKSANAAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT DI MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN BERMULA ESOK

DALAM NEGARA

COVID-19: PELAKSANAAN SOLAT HAJAT DAN DOA SELAMAT DI MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN BERMULA ESOK

GAMBAR IHSAN BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya melaksanakan solat hajat dan doa selamat.

Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata amalan itu bagi memohon kepada Allah SWT agar wabak COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera.

“JAWI menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di atas titah perintah agar kesemua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT agar penularan wabak COVID-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan segera, sebagai mana disiarkan melalui Kenyataan Media Istana Negara pada 16 Oktober 2020.

“Sehubungan dengan itu, JAWI menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya supaya melaksanakan solat hajat dan doa selamat bagi tujuan tersebut sepertimana titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” ujar Mohd Ajib dalam kenyataan rasminya.

Menurut Ajib solat hajat dan doa selamat akan diadakan selepas Maghrib pada 20,21, dan 22 Oktober 2020.

Selain itu tarikh yang dinyatakan, Mohd Ajib juga memaklumkan solat hajat turut disaran diadakan selepas solat Jumaat pada 23 Oktober 2020. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading