Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KLANG DAN SHAH ALAM DIJANGKA PULIH TENGAH HARI INI

DALAM NEGARA

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KLANG DAN SHAH ALAM DIJANGKA PULIH TENGAH HARI INI

KUALA LUMPUR: Insiden paip pecah yang mengakibatkan gangguan bekalan air di 15 kawasan di Klang dan Shah Alam dijangka pulih sepenuhnya 12.30 tengah hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Elina Baseri berkata ada pengguna yang sudah mula menerima bekalan air seawal 4.30 pagi tadi.

Pemulihan air di kawasan yang terjejas adalah secara berperingkat berdasarkan jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku berhampiran pencawang elektrik di Jalan Bukit Raja, Klang semalam telah siap sepenuhnya pukul 4 pagi tadi,” katanya.

Sebarang maklumat bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor dalam Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang di http://www.airselangor.com.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading