Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR DIMINTA KE BUKIT AMAN ESOK

DALAM NEGARA

ANWAR DIMINTA KE BUKIT AMAN ESOK

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk hadir memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayat, Bukit Aman pada Jumaat, 16 Oktober.

Arahan itu bagi membantu siasatan ke atas penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen yang didakwa menyokongnya.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, setakat ini sebanyak 113 laporan polis diterima mengenai perkara tersebut.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 5050 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Huzir dalam pada itu berkata bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, PDRM menggesa orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan, atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni, pepecahan, perasaan pemusuhan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading