Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MYVI MENGAKU BERSALAH, DIPENJARA 6 TAHUN DAN DENDA RM8,000

DALAM NEGARA

PEMANDU MYVI MENGAKU BERSALAH, DIPENJARA 6 TAHUN DAN DENDA RM8,000

JOHOR BAHRU; Pemandu wanita yang terlibat kemalangan hingga menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Hukuman dijatuhkan Majistret Suhaila Shafi’uddin selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Nur Fatin turut diperintahkan untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan yang diakuinya iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insuran.

Wanitu itu dilaporkan kini menjalani prosiding pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Kemalangan maut pada Sabtu lalu dilapor berlaku selepas kereta Produa Myvi dipandu wanita berkenaan hilang kawalan lalu merempuh kereta Honda Accord dan Proton Iswara yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Anggota TLDM, Mohd Rizal Buseri, 31, yang ketika itu memandu Honda Accord dirempuh tertuduh meninggal dunia di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu polis telah menahan wanita terbabit dan hasil ujian saringan ke atas pemandu itu mendapati dia positif dadah — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading