Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LOJI RAWATAN AIR TERKESAN PENCEMARAN KEMBALI BEROPERASI

DALAM NEGARA

EMPAT LOJI RAWATAN AIR TERKESAN PENCEMARAN KEMBALI BEROPERASI

GAMBAR IHSAN SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 10.30 malam tadi secara berperingkat.

Kempat-empat LRA ini, menurut Air Selangor mengambil masa 10 jam untuk aktiviti pencucian dan pengepaman di setiap bahagian dalam proses rawatan di LRA.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri, keseluruhan proses rawatan air tersebut dijangka selesai pada jam 8.30 pagi ini (5 September) sebelum dapat diagihkan kepada pengguna.

“Air Selangor akan memaklumkan jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan setelah sistem agihan bekalan air distabilkan terlebih dahulu.

“Ini termasuk memenuhkan semua tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikam tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Air Selangor katanya akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di http://www.airselangor.com. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading