Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM: MURID BERHAK PILIH UNTUK PAKAI KASUT PUTIH ATAU HITAM

DALAM NEGARA

KPM: MURID BERHAK PILIH UNTUK PAKAI KASUT PUTIH ATAU HITAM

PUTRAJAYA: Semua murid sekolah rendah dan menengah dibenarkan memilih untuk memakai kasut berwana hitam atau putih beserta stoking mengikut warna kasut yang dipakai, mulai tahun depan.

Pemakluman tersebut menerusi satu Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bertarikh 7 Disember 2020.

Penguatkuasaan dilakukan bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu.

“Kasut berwarna hitam mestilah dipakai bersama stoking hitam manakala kasut berwarna putih mestilah dipakai bersama stoking putih,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

KPM juga menetapkan bahawa kasut yang dipakai hanya diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lain seperti nylon dan polyester bagi faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S).

SPI itu akan berkuat kuasa secara serta merta mulai pada tarikh ia dikeluarkan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading