WARGA EMAS INDIVIDU PERTAMA DI DUNIA TERIMA VAKSIN COVID-19

Margaret Keenan, 90 individu pertama di dunia terima vaksin COVID-19.
Imej: Twitter Bloomberg

COVENTRY: Seorang warga emas dari Britain menjadi individu pertama di dunia menerima vaksin COVID-19 buatan Pfizer.

Margaret Keenan, 90, menerima suntikan tersebut di hospital Universiti Coventry,  tengah England.

Ini adalah kali pertama vaksin buatan Pfizer dan Biontech itu digunakan di luar ujian.

Keenan bakal menyambut hari jadinya yang ke 91 minggu depan.
Imej: Twitter University Hospitals Coventry and Warwickshire

Warga emas yang bakal menyambut hari jadinya ke 91 minggu depan itu kelihatan bersemangat dan ceria ketika diberi penerangan sebelum diberi suntikan oleh petugas perbuatan.

Menurut Keenan, beliau berbangga menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19 dan menyifatkannya sebagai hadiah hari jadinya yang paling istimewa.

“Orang ramai jangan gentar untuk mengambil vaksin tersebut.”

Margaret Keenan
Penerima vaksin COVID-19 pertama di dunia

United Kingdom mula menjalankan suntikan vaksin COVID-19 Pfizer hari ini setelah ia diluluskan oleh kerajaan minggu lalu.

Buat permulaan, ia diberikan kepada pesakit COVID-19 dalam kalangan warga emas dan petugas perubatan.

Sementara itu, portal berita UK turut melaporkan seorang lagi warga emas berusia 81 tahun, William Shakespeare menjadi individu kedua menerima vaksin sama, juga di hospital sama. -AlHijrah Online / Adi Akmal Sehrom

Leave a Reply