TIADA GELATIN HAIWAN: MUFTI KEDAH SARAN UMAT ISLAM TERIMA VAKSIN COVID-19

Vaksin keluaran Pfizer kini digunakan di United Kingdom
Imej: Twitter Reuters

ALOR SETAR: Umat Islam disaran menerima vaksin COVID-19 yang diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kaedah lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa, selain vaksin itu bukan bersumberkan gelatin haiwan.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang dipetik Berita Harian sebagai berkata, pihaknya difahamkan kandungan vaksin berkenaan bukan daripada sumber gelatin haiwan, sebaliknya ia daripada unsur lain.

Datuk Syeikh Fadzil Awang menggalakkan umat Islam
menerima vaksin COVID-19
Imej: Laman Sesawang Pejabat Mufti Kedah

Tambah Datuk Syeikh Fadzil, pegawai Kementerian Kesihatan menyatakan keyakinannya bahawa vaksin COVID-19 adalah halal dan bebas daripada unsur meragukan.

“Dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas bersama Mufti-mufti baru-baru ini, kita mendengar penjelasan daripada wakil KKM tentang kandungan vaksin COVID-19. Mereka menerangkan vaksin yang akan kita terima bukan daripada sumber gelatin haiwan.

Datuk Syeikh Fadzil Awang
Mufti Kedah

Beliau mengulas mengenai golongan tertentu yang ragu-ragu mengenai penggunaan vaksin COVID-19.

Beliau berkata, Islam sangat menitikberatkan penjagaan diri dan nyawa. Malah setakat ini, kaedah penggunaan vaksin terhadap ancaman kesihatan manusia adalah berkesan.

Sehubungan itu, umat Islam tidak dapat mengelak untuk menggunakan vaksin COVID-19 demi menjaga diri dan nyawa mereka. – AlHijrah Online / Serieffa Mushtafa Albakry

Leave a Reply