‘RIDER’ TIADA RUANG SOLAT: ZULKIFLI MINTA PIHAK BERKUASA AGAMA NEGERI TELITI SOP

Masjid dan surau di seluruh dunia kini mula mengamalkan pematuhan SOP penjarakan fizikal

KUALA LUMPUR: Syor kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, supaya masjid dan surau di zon hijau dan kuning menyediakan ruang solat khusus untuk penghantar makanan dan pemandu e-hailing telah diutarakan sebelum ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri, beliau akan terus berusaha memanjangkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri untuk diteliti dan dipertimbangkan.

Zulkifli memberi maklum balas catatan seorang pemilik akaun Twitter yang membuat aduan tentang masjid dan surau yang berkunci, sekali gus menyukarkan golongan rider dan pemandu e-hailing untuk menunaikan solat.

Tangkap layar di Twitter

Pemilik akaun bernama Muhammad Farhan itu menggesa agar pintu masjid dan surau tidak ditutup terus.

Grab Malaysia turut meminta pandangan Zulkifli berhubung perkara itu, susulan catatan yang dimuat naik Muhammad Farhan.

Zulkifli dalam pada itu turut berkongsi menerusi Twitternya, pautan laman sesawang yang menunjukkan beliau pernah mengesyorkan agar ruang solat disediakan untuk penghantar makanan dan pemandu e-hailing.

Maklum balas Datuk Dr Zulkifli kepada Grab Malaysia dan pemilik akaun Twitter Muhammad Farhan

Zulkifli turut mengingatkan umat Islam, jika situasi masjid berkunci dan tiada ruang khas solat disediakan berlaku di Wilayah Persekutuan, mereka boleh melaporkan terus kepadanya. – AlHijrah Online

Leave a Reply