KUALA LUMPUR – Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda hari ini dilantik mengetuai senarai enam ahli Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan aktivis, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh.
Ahli lain yang turut berada dalam senarai pasukan dilantik Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah Bekas Ketua Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mokhtar Mohd Noor; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM, Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Bahagian Operasi, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap), Datuk Muhammad Bukhari Hamid.
Selain itu, Pegawai Undang-undang Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Sophian Zakaria dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) KDN, Mohd Russaini Idrus.
Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan itu diberi tempoh enam bulan untuk menjalankan siasatan kes tersebut sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.
“Pada 8 Mei lalu, mesyuarat jemaah menteri bersetuju KDN menubuhkan PPK bagi menyiasat kes kehilangan Raymond dan Amri.
“Langkah ini diambil kerana laporan dibentangkan Suhakam telah wujudkan persepsi negatif dan tidak adil kepada polis. Jadi diharap dengan penubuhan PPK ini siasatan sewajarnya dilaksanakan untuk berikan keadilan kepada semua pihak.
“Kita juga akui tugas ini mencabar tetapi saya yakin dengan kebijaksanaan ahli-ahlinya apa pun perkara yang berbangkit dapat diselesaikan,” katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan PPK Laporan Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Jelas Muhyiddin lagi, kes Amri akan diberi tumpuan terlebih dahulu oleh PPK memandangkan kes Raymond masih ada yang dibicarakan di mahkamah.
“Bagi kes kehilangan Amri PPK akan siasat semula laporan dikeluarkan Suhakam manakala kes Raymond hanya akan dilaksanakan setelah selesainya perbicaraan di mahkamah bagi mengelakkan subjudis,” katanya lagi.
Terdahulu, KDN telah menerima Laporan Pendengaran Siasatan Awam Suhakam Kes Kehilangan Pastor Raymond Kod dan Amri Che Mat pada 8 April lalu.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager