BEKAS ISTERI SETIA JAGA AMRAN TOMPEL SEHINGGA AKHIR HAYAT
Beliau mula menjaga bekas suaminya itu pada Mac 2020 selepas Amran Tompel diserang angin ahmar kali ketiga yang menyebabkan dirinya terlantar selain mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi.
Gambar kenangan Anas Salmee (empat dari kiri) bersama Allahyarham AR Tompel dan empat anak mereka. –Sumber gambar: Sinar Harian
SEREMBAN: Meskipun sudah berpisah hampir tujuh tahun, bekas isteri pelakon dan pelawak, Amran Aman Ramli atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel tetap membantu anak-anak menjaga dan menguruskan Allahyarham sehingga akhir hayatnya di kediaman di Taman Matahari Height, Senawang, di sini.
Anas Salmee Syed Mohamad, 53, berkata perasaan sayang, hormat dan rasa tanggungjawab mendorong dirinya untuk menjaga Allahyarham.
Beliau mula menjaga bekas suaminya itu pada Mac 2020 selepas Amran Tompel diserang angin ahmar kali ketiga yang menyebabkan dirinya terlantar selain mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi.
“Hubungan saya dengannya selepas berpisah pada Mei 2015 tetap baik malah kami sering bertanya khabar. Berakhirlah urusan arwah di dunia ini dan kami bersyukur dapat mengurus dan menjaga arwah sehingga akhir hayatnya.
“Melihat keadaan kesihatannya semakin merosot pada hujung tahun lepas, saya mengambil keputusan menjaga arwah bersama anak-anak di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah sewa anaknya di sini, hari ini.
Anas Salmee berkata jenazah Amran Tompel selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang kira-kira pukul 10 malam tadi.
Dalam pada itu, beliau berkata Allahyarham tidak banyak kerenah dan mudah dijaga sepanjang beliau sakit terlantar.
“Rutin harian saya setiap hari selepas solat subuh, saya akan tengok dia sekejap…bagi dia makan dan pastikan makan ubat mengikut masa namun sejak beberapa hari ini keadaan dia agak murung dan tidak memberikan respons seperti biasa serta tiada selera makan,” katanya.
Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel atau nama sebenarnya, Amran Tompel Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun disebabkan sakit tua.
Allahyarham meninggalkan empat anak berusia antara 22 hingga 29 tahun dan Amran adalah anak kepada pelakon, pelawak dan pengarah Allahyarham AR Tompel dan aktif dalam industri hiburan tanah air sekitar 1990-an. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager