SOLAT BERJEMAAH TANPA PENJARAKAN FIZIKAL DI KEDAH MULAI 1 APRIL
Mohd Yusri berkata aktiviti bukan solat pada bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa, sahur dan moreh pula perlu dijalankan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan makanan digalakkan disediakan secara berbungkus.
ALOR SETAR: Semua masjid dan surau di Kedah dibenarkan menganjurkan solat berjemaah sama ada solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mulai 1 April ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata kebenaran itu adalah selaras dengan fasa peralihan ke endemik yang akan berkuat kuasa di seluruh negara pada tarikh tersebut dan setelah mendapat perkenan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Bagaimanapun, bagi aktiviti selain solat berjemaah penjarakan fizikal masih diwajibkan. Khutbah, ceramah, kuliah dan kelas pengajian di masjid atau surau dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh yang bersesuaian dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
“Jamuan makan, gotong-royong dan kenduri dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurang satu meter. Wirid dan doa selepas solat dilaksanakan secara ringkas dan bersesuaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau pada bulan Ramadan juga perlu mengikuti SOP yang sama.
Katanya, solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan mengikut kapasiti masjid atau surau.
Mohd Yusri berkata aktiviti bukan solat pada bulan Ramadan termasuk majlis berbuka puasa, sahur dan moreh pula perlu dijalankan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan makanan digalakkan disediakan secara berbungkus.
Katanya, jemaah juga masih dikehendaki mematuhi SOP seperti pemakaian pelitup muka sepanjang berada di premis, mendaftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera, telah menerima suntikan vaksin yang lengkap serta digalakkan membawa sejadah sendiri.
“Jemaah juga dilarang berkumpul di dalam kawasan masjid dan surau selepas solat seperti bersembang, melepak dan seumpamanya, tidur di dalam masjid atau surau dan bersalaman atau berpelukan sesama jemaah,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests