Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PESAKIT KANSER MATA, ADIK ALISA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

BEKAS PESAKIT KANSER MATA, ADIK ALISA MENINGGAL DUNIA

Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham, yang menghidap kanser mata tahap empat, meninggal dunia pada malam tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham, yang sebelum ini menghidap kanser mata tahap empat, meninggal dunia pada malam tadi.

Alisa yang berusia setahun 11 bulan telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Terdahulu, Alisa dilaporkan dalam keadaan kritikal sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Johor.

Difahamkan Alisa telah menjalani pembedahan terakhir dan dilaporkan sudah bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh kali kemoterapi.

Sebelum ini tular kisah Alisa selepas bapanya, Nur Hisham Abd Hamid berkongsi video anaknya yang gemar duduk di dalam peti ais kerana kepanasan akibat kesan kimoterapi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    14 November 2024 at 3:05 PM

    nidza afham meninggal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading