Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELANJAWAN 2023 FOKUS PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

DALAM NEGARA

BELANJAWAN 2023 FOKUS PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

Antaranya pembangunan Pusat Hab Halal Tanjung Manis di Sarawak, program Malaysia Services and Halal Global, pembangunan industri halal serta Wakaf Halal PKS OKU.

Foto Facebook

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus komited dalam memartabatkan industri hab halal di Malaysia menerusi Belanjawan 2023 sekali gus mampu meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain sektor pendidikan, pembangunan industri halal turut menjadi fokus utama belanjawan kali ini dengan peruntukan RM92 juta bagi menyemarakkan pembangunan industri halal.

“Antaranya pembangunan Pusat Hab Halal Tanjung Manis di Sarawak, pelaksanaan program Malaysia Services and Halal Global, pelaksanaan inisiatif pembangunan industri halal, serta inisiatif Wakaf Halal PKS OKU,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambahnya secara keseluruhan, Belanjawan 2023 ini adalah belanjawan yang amat signifikan dan mencakupi seluruh aspek kebajikan rakyat.

“Khusus bagi aspek pentadbiran hal ehwal Islam, saya amat bersyukur atas peruntukan sebanyak RM1.5 billion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam,” katanya.

Menurutnya, kesemua peruntukan yang dilaksanakan sebelum ini terus dikekalkan, termasuk bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada para murabbi ummah seperti guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut.

Jelasnya lagi, pemberian bantuan bagi selenggara fasiliti pendidikan sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar sebanyak RM150 juta, meningkat sebanyak RM10 juta berbanding tahun lepas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading