DALAM NEGARA
PEMBENTANGAN BAJET 2023 BUKAN SIA-SIA, WALAUPUN SEKIRANYA PARLIMEN DIBUBAR
Pembentangan Bajet 2023 hari ini bukanlah sia-sia walaupun sekiranya Parlimen dibubarkan kerana ia menumpukan kepada hala tuju masa depan negara.
Pembentangan Bajet 2023 hari ini bukanlah sia-sia walaupun sekiranya Parlimen dibubarkan kerana ia menumpukan kepada hala tuju masa depan negara.

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2023 hari ini bukanlah sia-sia walaupun sekiranya Parlimen dibubarkan kerana ia menumpukan kepada hala tuju masa depan negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
“Laporan ekonomi menjelaskan tentang kedudukan kita pada hari ini dan hala tuju kita pada masa depan dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK).
“Sebagai contoh, defisit fiskal dijangka berada pada 5.8 peratus daripada KDNK bagi 2022 dan terus berkurangan kepada 5.5 peratus daripada KDNK pada 2023,” katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang relevannya pembentangan belanjawan tersebut di tengah-tengah desus desas mengenai pembubaran Parlimen.
Sebelum ini, pada 1999, Parliamen dibubarkan selepas belanjawan dibentangkan. Selepas pilihan raya, belanjawan dibentangkan semula kepada Kabinet.
Selain itu, katanya, Bajet 2023 juga akan memperkukuh pemulihan dan daya tahan ekonomi serta melaksanakan pembaharuan menyeluruh melalui pendekatan kerajaan iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis.
“Pada pandangan saya, bajet ini dari Keluarga Malaysia kepada Keluarga Malaysia yang telah mengambil kira pandangan segenap lapisan pemegang kepentingan,” katanya.
Tengku Zafrul berkata lebih 200 sesi libat urus bersama kerajaan negeri, kementerian dan sektor berkepentingan telah dilaksanakan dengan lebih 250 memorandum diterima dan 12,000 cadangan diterima dari masyarakat.
“Pembaharuan ekonomi yang ditekankan dalam Bajet 2023 menyasarkan semua rakyat Malaysia mendapat impak dan manfaat lebih besar serta membuka peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai ekonomi dunia, beliau berkata, belanjawan seterusnya akan memberikan tumpuan kepada isu-isu yang dapat menangani kelembapan ekonomi global yang dijangka berlaku tahun depan.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia juga telah menurunkan unjuran mereka bagi 2023 berikutan jangkaan ekonomi dunia yang agak mencabar pada tahun depan berbanding tahun ini.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang lelaki Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya dan...
Kejayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul sebagai antara institusi pendidikan Islam terkemuka di rantau ini...
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita 49 kenderaan yang dipandu warga asing atas pelbagai kesalahan dalam...
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita ketika mangsa berjalan kaki pulang ke...
Tindakan ini diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa dua hari lalu, selepas remaja...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.