Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAJET 2023: RM500 UNTUK IMAM, BILAL, GURU KAFA

DALAM NEGARA

BAJET 2023: RM500 UNTUK IMAM, BILAL, GURU KAFA

Kerajaan mengumumkan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan pemberian khas sekali bayar sebanyak RM500 untuk 72,000 orang imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, golongan berkenaan berperanan besar dalam mendidik anak-anak serta mengimarah Islam di peringkat komuniti.

“Manfaat tersebut akan diterima 72,000 orang dengan peruntukan RM36 juta.

“Setiap tahun kerajaan menyediakan hampir RM700 juta sebagai bayaran elaun bulanan kepada imam, guru kafa dan guru takmir,” katanya ketika pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa agenda memartabatkan syiar Islam akan terus diutamakan.

Katanya, peruntukan sebanyak RM1.5 bilion ringgit disediakan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam.

“Bagi tahun 2023, kerajaan menyediakan RM150 juta untuk menyelenggara fasiliti pendidikan di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) antaranya sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan institusi pondok berdaftar,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading