Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BELANJAWAN 2024 TUNJANG REFORMASI EKONOMI NEGARA – WADAH

DALAM NEGARA

BELANJAWAN 2024 TUNJANG REFORMASI EKONOMI NEGARA – WADAH

Dasar-dasar baru mengenai penyusunan semula kaedah subsidi dari subsidi pukal kepada subsidi bersasar (targeted subsidy) akan mengukuhkan kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan reformasi ekonomi dan meneruskan agenda Ekonomi Madani.

KUALA LUMPUR: Agenda pemerkasaan rakyat dalam Belanjawan 2024 yang menjadi teras utama Ekonomi Madani dilihat akan terus menunjangi reformasi-islahi ekonomi negara.

Mengulas intipati Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang Jumaat di Dewan Rakyat, Setiausaha Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Azizuddin Ahmad berkata, penegakan moral ekonomi sememangnya wajar diberi perhatian dengan tatakelola yang mantap.

“Dasar-dasar baru mengenai penyusunan semula kaedah subsidi dari subsidi pukal kepada subsidi bersasar (targeted subsidy) akan mengukuhkan kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan reformasi ekonomi dan meneruskan agenda Ekonomi Madani.

“Pengubahsuaian semula dasar (policy readjustment) ini dirasakan perlu untuk memastikan penjimatan subsidi dapat dikembalikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.”

Jelas Azizuddin, Belanjawan 2024 yang bertemakan”Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” disifatkan satu reformasi ekonomi untuk meletakkan negara ke landasan yang betul, setelah melalui pelbagai cabaran dan isu ketirisan beberapa tahun sebelum ini.

Hal itu, jelas Azizuddin bakal mengukuhkan integriti dan nilai hormat masyarakat terhadap pengurusan dan birokrasi negara.

Sementara itu, WADAH juga, menurut Azizuddin menyambut baik peruntukan RM1.9 bilion untuk pengurusan dan pembangunan Hal Ehwal Islam disamping mengembalikan peruntukan terhadap Sekolah Agama Rakyat (SAR).

“Pengukuhan terhadap Budaya, Bahasa dan Sastera juga amat baik untuk kemajuan sosio budaya yang penting dalam pembinaan jati diri masyarakat.”

Malah, tambah beliau, peruntukan RM100 juta untuk usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil disifatkan bakal mengukuhkan peranan sektor masyarakat sivil mengupayakan usaha misi pencerahan dan pencerdasan rakyat.

WADAH, jelas Azizuddin turut berharap Belanjawan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk manfaat rakyat dalam menghadapi suasana ekonomi yang sukar. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading