Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Bensaleh presiden sementara Algeria

DUNIA

Bensaleh presiden sementara Algeria

Abdelkader Bensaleh

ALGERIA, 10 April – Parlimen Algeria menamakan Abdelkader Bensaleh, ketua Majlis Negara (dewan negara di Parlimen) sebagai presiden sementara menggantikan Abdelaziz Bouteflika, yang meletak jawatan minggu lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan perkara itu diumumkan semasa sesi bersama dewan rakyat dan dewan negara di parlimen untuk mengaktifkan Perkara 102 Perlembagaan Algeria.

Perkara itu memperuntukkan bahawa sekiranya berlaku peletakan jawatan atau kematian presiden, speaker parlimen harus mengambil alih kuasa eksekutif bagi tempoh selama 90 hari di mana pemilihan presiden boleh dijalankan.

Sesi pada Selasa dihadiri oleh 470 daripada 487 anggota parlimen, yang merupakan jumlah kerusi di kedua-dua dewan.

Minggu lepas, Bouteflika meletak jawatan susulan tunjuk perasaan yang mendesak agar semua pegawai yang bersekutu dengan rejim bekas presiden itu berundur.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading