Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERANG DITEGUR TIDAK KE SEKOLAH, REMAJA TOREH BAPA

DALAM NEGARA

BERANG DITEGUR TIDAK KE SEKOLAH, REMAJA TOREH BAPA

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegur tidak hadir sekolah, pada Isnin lepas. 

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegur tidak hadir sekolah, pada Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian berlaku di sebuah rumah di Batu 4 Jalan Gombak di sini pada 6.10 petang dan pihaknya menerima laporan insiden itu pada 6.42 petang hari sama.

“Mangsa berusia 47 tahun mengalami luka di belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau, melibatkan suspek remaja dan dipercayai berpunca daripada salah faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. 

Suspek ditangkap dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading