PASANGAN KEKASIH TERLIBAT 21 KES PECAH CERMIN KERETA DITAHAN DI KELANTAN
Kegiatan licik pasangan kekasih selama setahun mencuri dengan memecahkan cermin kereta di parkir awam, akhirnya tumbang apabila kedua-duanya ditahan polis, Sabtu lepas.
KOTA BHARU: Kegiatan licik pasangan kekasih selama setahun mencuri dengan memecahkan cermin kereta di parkir awam, akhirnya tumbang apabila kedua-duanya ditahan polis, Sabtu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pasangan berusia 36 dan 47 tahun itu disyaki terlibat dalam 21 kes pecah cermin kereta melibatkan kerugian lebih RM100,000.
Beliau berkata mereka ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Sri Cemerlang, susulan kejadian pecah cermin pada 6.10 petang hari yang sama di parkir Pasaraya Eco, Jalan Wakaf Mek Zainab.
Penahanan itu katanya membawa kepada rampasan sebuah telefon bimbit, sebuah peranti elektronik, sebuah komputer riba, tujuh beg pelbagai jenis, tiga kad bank, lima kad peribadi, sebuah kereta Perodua Bezza, kotak skru, spanar serta sebentuk cincin.
“Siasatan mendapati mereka aktif sejak setahun lalu dan lelaki itu turut mengaku melatih beberapa pelatih baharu. Modus operandi mereka ialah menyasarkan parkir premis tanpa kamera litar tertutup bagi mengelak dikesan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Menurutnya, semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai tiga rekod jenayah narkotik dan satu rekod jenayah manakala pasangannya tidak mempunyai rekod lampau.
Pasangan itu yang turut didapati positif metamfetamina direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata seorang anggota polis berusia 43 tahun ditahan selepas disyaki melakukan samun dengan mengacukan pistol tiruan terhadap seorang pekerja wanita di sebuah kedai di Kota Bharu pada 10 Nov lepas.
“Suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa semalam. Polis merampas dua motosikal, sepucuk pistol tiruan, 12 pil kemerahan disyaki dadah, tiga topi keledar, satu rantai jam tangan putih, dua beg sandang, sepasang kasut, sepasang selipar, sepasang sarung tangan dan dua topeng muka. Suspek juga positif dadah,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek turut melakukan empat lagi kes samun di sekitar bandar ini menggunakan modus operandi sama iaitu mengacukan senjata tiruan untuk menakutkan mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun), Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked