KANAK-KANAK RUSIA DISENGAT UBUR-UBUR DISAHKAN MENINGGAL DUNIA
Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di Alor Setar hari ini.
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.
Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di hospital itu.
“Anak saya telah terkena kesan racun ubur-ubur yang menjejaskan jantungnya. Doktor juga berkata yang anak saya mengalami kecederaan sangat teruk di kakinya.
“Menurut doktor, kecederaan itu disebabkan oleh sengatan ubur-ubur dan ia adalah ubur-ubur kotak atau box jellyfish,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini hari ini.
Nikita yang ditemai isterinya Olga, 32, berkata pasukan perubatan di HSB telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya dan merakamkan penghargaan di atas usaha mereka.
Menceritakan kejadian pada pagi Sabtu lepas, Nikita berkata dia bersama isteri dan anaknya sedang mandi di Pantai Chenang sebelum anaknya menjerit kesakitan.
Nikita berkata isterinya kemudian mengangkat anak mereka ke pantai dan cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum membawanya ke sebuah klinik berhampiran.
Beliau berkata anaknya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sebelum dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut keesokannya.
Nikita berkata ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga ke Langkawi dan Malaysia selepas tiba pada 14 Nov serta bercadang berada di negara ini hingga 26 Nov.
Sementara itu, Olga berkata dia dan suaminya bercadang untuk membawa pulang abu mayat anak mereka ke Khabarovsk, Rusia.
“Dia (Vladimir) adalah wira kami. Setiap hari kami memberitahunya bahawa kami menyayanginya,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak warga Rusia berusia dua tahun dimasukkan ke hospital selepas dikatakan disengat ubur-ubur dalam kejadian di Pantai Chenang, Langkawi, pada Sabtu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
British Baby
22 November 2025 at 1:32 PM
Sorry