BERKAT BANTU IBU BUAT KUIH, AQILAH CEMERLANG DALAM STPM
KUALA TERENGGANU: Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Terengganu, Aqilah Talib, 20, menyifatkan kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil ketekunannya bangun seawal 4 pagi untuk belajar sebelum membantu ibunya membuat kuih.
Pelajar cemerlang, Aqilah Talib, 20 (kiri) berkongsi kegembiraan bersama ibunya, Mariam Chik, 61 (kanan) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). — Bernama
KUALA TERENGGANU: Pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Terengganu, Aqilah Talib, 20, menyifatkan kejayaan yang dicapai hari ini adalah hasil ketekunannya bangun seawal 4 pagi untuk belajar sebelum membantu ibunya membuat kuih.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman itu berkata rutin itu dilakukan setiap hari supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran dan pada masa memastikan ibunya, Mariam Chik, 60, dapat menyiapkan kuih bagi dihantar ke lebih 10 kedai di sekitar bandar raya ini.
Walaupun penat, dia tidak pernah menganggap tugas tersebut sebagai bebanan, sebaliknya bangga kerana dapat membantu ibu dan bapanya mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.
“Saya akan bangun awal untuk belajar pada 4 pagi dan pukul 5 pagi sambung pula bantu mak buat kuih untuk ayah hantar ke kedai.
“Selepas itu, saya solat subuh dan bersiap ke sekolah untuk pastikan sampai awal setiap hari,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman STPM di SMK Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Aqilah berkata duit upah sebanyak RM20 seminggu hasil membuat kuih digunakan untuk membeli barangan sekolah dan kad tambah nilai telefon.
Menurutnya seboleh mungkin dia cuba mengelak meminta wang daripada ibu bapa kerana kasihan melihat kesusahan orang tuanya mencari wang bagi menyara keluarga.
“Walaupun saya anak bongsu daripada 10 beradik, semua abang dan kakak sudah memiliki keluarga serta tanggungjawab sendiri.
“Jadi ayah dan mak terpaksa bekerja untuk mencari wang bagi persekolahan dan belanja kami sehari-hari. Lagipun ayah juga sudah berusia… dah 70 tahun,” katanya yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan semua A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Bahasa Melayu dan Sejarah.
Aqilah berkata dia berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked