Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH INDONESIA, USTAZ ABDUL SOMAD BERTEMU ANWAR IBRAHIM

DALAM NEGARA

PENDAKWAH INDONESIA, USTAZ ABDUL SOMAD BERTEMU ANWAR IBRAHIM

Difahamkan pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara, Indonesia itu hadir ke Malaysia bagi beberapa siri ceramah yang akan berlangsung pada minggu ini.

Sumber Gambar: PMO

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pendakwah terkenal dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara di pejabatnya di sini hari ini.

Difahamkan pendakwah yang berasal dari Sumatera Utara, Indonesia itu hadir ke Malaysia bagi beberapa siri ceramah yang akan berlangsung pada minggu ini.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, pertemuan itu turut membincangkan dinamika dakwah dan isu-isu agama yang merentas sempadan alam Melayu.

Sumber Gambar: PMO

“Saya hargai usaha dakwah Ustaz Abdul Somad yang aktif khususnya di alam Melayu. Sesungguhnya para da’ie dan ulama di alam Melayu ini saling mendukung dan melengkapi pemerintahan umara’ sejak sekian lama.

“Peranan ulama Melayu seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syed Abdul Samad al-Falimbani , Raja Ali Haji dan Buya Hamka punyai hikmah, kedalaman ilmu dan berani dalam melaksanakan dakwah telah menyumbang kepada perjuangan melawan penjajah serta benteng kepada akidah umat di rantau ini,” katanya hari ini.

Anwar berkata, beliau dan Ustaz Abdul Somad bersependapat bahawa pentingnya dakwah yang berlandaskan kesederhanaan dan hikmah dalam menyampaikan mesej Islam dengan lebih bijaksana.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading