Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. — Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan semalam terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja), dalam ceramah politiknya baru-baru ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan berkenaan kes itu, dijangka mengambil masa selama tujuh hari.
“Penyiasatan yang pantas kita lakukan. Sebenarnya tak boleh cepat tetapi kita akan buat siasatan yang mana kita ada pasukan petugas yang akan menyiasat kes berkaitan 3R ini, yang dianggotai seramai 21 pegawai.
“Dalam siasatan kita (berkaitan 3R), daripada 27 Mac (sehingga kini), kita telah buka kertas siasatan berjumlah 61 kes termasuk kes terbaharu melibatkan Menteri Besar Kedah,” katanya dalam sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan berkaitan 3R berkenaan, dilakukan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Saya boleh katakan, bahawa siasatan yang telah lengkap akan dihantar ke pihak AGC (Jabatan Peguam Negara), termasuk kertas siasatan melibatkan ahli politik, bekas ahli politik, NGO dan orang awam,” katanya.
Razarudin berkata selain Muhammad Sanusi, pihaknya turut menyiasat individu penting termasuk Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Bagan dan juga bekas Menteri Kewangan Lim Guang Eng serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sebahagian kertas siasatan telah diangkat ke Jabatan Peguam Negara, selaras dengan Perkara 145(3) iaitu Peguam Negara mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicara Peguam Negara, bagi membawa atau menjalankan atau memberhentikan apa-apa jua perbicaraan mengenai satu kesalahan.
Sementara itu, Razarudin memberi amaran bahawa PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, terhadap sesiapa sahaja yang memainkan isu 3R, terutamanya ketika musim Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
“Isu 3R ini melibatkan bangsa, agama dan raja. Tetapi ada pihak yang bercakap terlampau seronok hingga tidak menghirau perasaan orang lain, sampai sanggup mengaibkan dan memfitnah. Ini sepatutnya tidak berlaku.
“Apa perkataan yang mengaibkan institusi diraja, ia mendatangkan kegusaran dan ketidakharmonian. Jadi lebih bagus jangan bangkitkan isu 3R ini, terutamanya dalam musim pilihan raya negeri,” katanya.
Baru-baru ini media melaporkan terdapat video tular yang memaparkan Sanusi ketika menyampaikan politik didakwa memperlekeh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai Menteri Besar Selangor.– AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked