Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN ‘KFC’ DIBUKA

DALAM NEGARA

BIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN ‘KFC’ DIBUKA

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tender bidaan nombor pendaftaran kenderaan ‘KFC’ kepada orang ramai.

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Abdul Tolib Ahmad, nombor pendaftaran tersebut sinonim dengan jenama popular restoran makanan segera, yang dijangka menarik perhatian ramai.

Tambahnya, tender akan dibuka selama lima hari bermula Sabtu lalu dan berakhir pada jam 11.59 malam Rabu ini.

“Keputusan pemenang bidaan akan diumumkan pada hari Khamis.

“Bidaan siri kali ini boleh dibuat menerusi laman web Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid),” katanya.

Mengulas lanjut, bidaan nombor pendaftaran kenderaan tersebut juga boleh dibuat melalui aplikasi JPJebid di telefon pintar.

Abdul Tolib memaklumkan JPJ Kedah menyasarkan kutipan bidaan nombor pendaftaran ‘KFC’ ini boleh melonjak lebih daripada RM1 juta.

“JPJ Kedah membuka tender nombor siri 2 hingga 9999 kepada orang ramai untuk dibida,” ujarnya.

Sebelum ini JPJ Kedah memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran ‘KFA’ yang dikenali dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Terdahulu, bidaan tertinggi yang direkodkan sehingga mencecah kutipan RM4.8 juta adalah nombor pendaftaran ‘KEN’ pada tahun 2016.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading