GANGGUAN SEKSUAL: ANGGOTA POLIS TERLIBAT DIKELUARKAN DARI TUGASAN SJR, TIDAK DIGANTUNG

KUALA LUMPUR: Anggota polis yang disyaki terlibat dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita semasa sekatan jalan raya (SJR) telah dikeluarkan daripada penugasan SJR.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata anggota polis berkenaan sedang diambil tindakan lanjut.

“Tindakan awal diambil dengan mengeluarkan anggota polis tersebut daripada penugasan SJR dan tidak digantung tugas,” katanya, hari ini.

Ujarnya, suspek kini melakukan penugasan di bahagian pentadbiran sementara siasatan kes berkenaan berjalan.

Terdahulu, tular di laman Twitter seorang wanita mendakwa mengalami gangguan seksual yang dilakukan anggota polis ketika melalui SJR di Jalan Duta.—AlHijrah Online

Leave a Reply