BINTANG HOLLYWOOD HILANG TAWARAN BERLAKON KERANA PRO-PALESTIN
Majalah itu memetik beberapa sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang “dijajah” dan mengatakan rejim itu mengawal media.
WASHINGTON: Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
Selain itu Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.
Seorang jurucakap UTA yang dipetik oleh beberapa media AS mengesahkan bahawa Sarandon digugurkan tetapi tidak mengulas lanjut.
Pemenang Oscar itu menghadiri beberapa perhimpunan pro-Palestin dan berdepan kritikan.
Pada perhimpunan yang diadakan di New York City pada 17 Nov lepas Sarandon berkata: “Terdapat ramai orang takut menjadi Yahudi pada masa ini dan merasai bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim di negara ini.”
Beliau bersama beberapa lagi bintang Hollywood, termasuk Joaquin Phoenix dan Cate Blanchett menggesa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik di Gaza.
Semasa perhimpunan itu, Sarandon juga berkata kritikan terhadap Israel sepatutnya tidak dianggap sebagai “anti-Yahudi”
“Ada perkara yang sangat buruk berlaku di mana “anti-Yahudi” telah dikelirukan sebagai bersuara menentang Israel.
Barrera, 33, dipecat pada Selasa dari membintangi Scream VII oleh syarikat produksi, Spyglass, menurut laporan Variety.
Majalah itu memetik beberapa sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang “dijajah” dan mengatakan rejim itu mengawal media.
“Saya juga berasal dari negara yang dijajah. Palestin akan bebas.
“Media Barat hanya menunjukkan sisi lain (Israel). Mengapa mereka berbuat demikian, saya akan biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.
“Tapisan adalah sangat benar. Rakyat Palestin tahu ini, mereka tahu dunia cuba menjadikan mereka tidak kelihatan selama beberapa dekad. Teruskan berkongsi,” tulisnya di Instagram.
Spyglass mengeluarkan kenyataan mengenai penyingkiran Barrera dan menegaskan pendirian mereka jelas dan tiada sebarang keraguan.
“Kami tidak bertolak ansur terhadap hasutan kebencian dalam apa jua bentuk, termasuk rujukan palsu kepada pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, penyelewengan Holokus atau apa-apa yang secara terang-terangan melepasi batas kepada ucapan kebencian,” menurutnya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa media AS. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked