Connect with us

ALHIJRAH NEWS

BN DAN PN DAKWA BENTUK KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

UTAMA

BN DAN PN DAKWA BENTUK KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendakwa berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat malam ini.

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mendakwa berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat malam ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN memenangi 18 kerusi DUN manakala PN memperoleh tujuh kerusi.

Gabungan kedua-dua parti itu sekali gus meraih 25 daripada keseluruhan 36 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus melepasi ambang majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan negeri.

Bagaimanapun, keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih dinantikan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading