Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOIKOT: TUJUH KES CONTENG RESTORAN MAKANAN SEGERA DIREKODKAN DI SELANGOR

DALAM NEGARA

BOIKOT: TUJUH KES CONTENG RESTORAN MAKANAN SEGERA DIREKODKAN DI SELANGOR

Polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Datuk Hussein Omar Khan –fotoBERNAMA

SEPANG: Polis Selangor menerima tujuh laporan kes restoran makanan segera dicoteng dan ditulis dengan perkataan jelik di negeri itu bagi tempoh 28 Mei hingga semalam, dipercayai sebagai tanda boikot berhubung isu Palestin-Israel.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata empat kes berlaku di Sungai Buloh, dua di Kajang dan satu di Petaling Jaya.

“Di Sungai Buloh dan Petaling Jaya, suspek telah menconteng premis dengan perkataan jelik manakala di Kajang pula premis ditampal bendera Israel,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini sepasang suami isteri telah ditahan kerana dipercayai menampal bendera Israel di Kajang semalam.

“Pasangan ini ditahan awal pagi tadi dan polis merampas baju serta kenderaan digunakan ketika menampal bendera itu,” katanya menambah bahawa mereka kini direman selama sehari hari ini.  

Hussien berkata pihaknya akan menyiasat sama ada pasangan terbabit mempunyai kaitan dengan beberapa kes di negeri ini.

“Setakat ini, coraknya berbeza kerana kes lain ada contengan atau semburan cat tetapi mereka ini menampal bendera,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Polis memandang serius kes-kes ini dan mengingatkan masyarakat agar tidak melakukan tindakan yang membelakangkan undang-undang negara, tambah beliau. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading