Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA BAWA TURUN LELAKI 140KG PATAH PERGELANGAN KAKI KIRI KETIKA MENDAKI

DALAM NEGARA

BOMBA BAWA TURUN LELAKI 140KG PATAH PERGELANGAN KAKI KIRI KETIKA MENDAKI

Seramai lapan anggota bomba mengambil masa kira-kira empat jam bagi membantu membawa  turun seorang lelaki obesiti seberat 140 kilogram (kg) yang patah pergelangan kaki kiri  ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tiga Ratus, Manjung, hari ini.

Sumber: JBPM Perak

IPOH: Seramai lapan anggota bomba mengambil masa kira-kira empat jam bagi membantu membawa  turun seorang lelaki obesiti seberat 140 kilogram (kg) yang patah pergelangan kaki kiri  ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tiga Ratus, Manjung, hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, berkata lelaki berusia 44 tahun itu mengalami kecederaan tersebut setelah tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki bersama rakannya.

“Anggota menggunakan pengusung untuk membawa turun mangsa serta memberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.50 tengah hari dan 11 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Lelaki tersebut yang berada di ketinggian 170 meter dari kaki bukit berkenaan,gagal untuk bergerak dan terpaksa menggunakan khidmat anggota bomba dan peralatan khas bagi membantu lelaki itu serta rakannya untuk turun,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading