WANITA WARGA EMAS DITEMUKAN RENTUNG DALAM KEBAKARAN DI BALING
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya berhampiran Taman Seri Baling di sini terlibat dalam kebakaran pada kira-kira 12 tengah malam tadi.
BALING: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya berhampiran Taman Seri Baling di sini terlibat dalam kebakaran pada kira-kira 12 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Shamsudin Mamat dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Phaik Luang@Lim Pek Aiee, 82, dan mayatnya dijumpai pada 12.45 tengah malam.
Beliau berkata kebakaran itu melibatkan dua rumah dua tingkat binaan batu bata dan kayu termasuk rumah mangsa namun sebuah lagi tidak berpenghuni semasa kejadian berlaku.
“Semasa kejadian, mangsa seorang ibu tunggal tinggal seorang diri dan dia dipercayai terperangkap di dalam rumah semasa kebakaran.
“Pegawai penyiasat telah dimaklumkan oleh pihak bomba yang rumah dua tingkat berkeluasan 20×40 kaki itu terbakar 90 peratus. Jarak antara kedua-dua rumah lebih kurang lima meter,” katanya.
Shamsudin berkata laporan awal yang diperoleh daripada pasukan bomba mendapati kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas dan setakat, ini tiada unsur jenayah dikesan namun siasatan lanjut diteruskan bagi mencari faktor sebenar kejadian itu berlaku.
“Kebakaran dipercayai bermula dari rumah mangsa sebelum merebak ke rumah berhampiran, bagaimanapun pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain yang berdekatan,” katanya.
Beliau berkata mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat yang dijangka dilakukan petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah pula berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.53 malam dan tiba di lokasi empat minit kemudian.
“Api berjaya dikawal dalam operasi memadam kebakaran tersebut pada 12.54 tengah malam manakala operasi memadam api tamat sepenuhnya pada 5.16 pagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.