Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA SELAMATKAN KANAK-KANAK MANGSA DERA

DALAM NEGARA

BOMBA SELAMATKAN KANAK-KANAK MANGSA DERA

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini semalam.

Gambar Kredit Bomba Selangor

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai mangsa dera diselamatkan bomba di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata kanak-kanak warga tempatan yang dikurung dalam bilik itu cuba melarikan diri melalui tingkap di tingkat empat kondominium berkenaan.

“Kejadian tersebut disedari oleh orang awam dan pengawal keselamatan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum ketibaan bomba.

“Kanak-kanak itu telah diselamatkan dan dipercayai didera. Kes telah diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading