KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, di sini, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera dua anak saudaranya di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua suspek, yang masing-masing berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 6 petang.
Beliau berkata suspek wanita berkenaan merupakan adik kepada ibu kandung mangsa dan telah menjaga dua adik-beradik itu sejak dua tahun, selepas bapa kandung kepada kanak-kanak itu meninggal dunia.
Menurut Mohamad Farouk, ibu kandung kanak-kanak berkenaan tidak mahu menjaga mereka dan menyerahkannya kepada suspek untuk penjagaan.
“Selain itu, polis turut mengesan adik kepada mangsa lelaki iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga mempunyai kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai akibat penderaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kanak-kanak lelaki berkenaan didapati mempunyai kesan lebam di bahagian belakang badan, kaki dan tangan dipercayai akibat didera.
Mohamad Farouk berkata suspek wanita itu tiada pekerjaan dan rekod jenayah lampau, manakala suaminya merupakan pemandu grab dan mempunyai satu rekod jenayah lampau.
“Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek didapati negatif daripada sebarang jenis dadah. Kedua-dua mangsa telah dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dimaklumkan untuk tindakan penjagaan mangsa.
“Kedua-dua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang pada esok untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Mohamad Farouk berkata kes ini disiasat di bawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah menganiayai kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di dalam rumah cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah kondominium tingkat empat.
Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa dengan memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked