Kita harus terima hakikat bukan semua orang
boleh berenang! Tapi apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko lemas
atau menyelamatkan orang lemas.
Ramai tidak menyedari, botol kosong atau tali,
jika tahu caranya mampu mengubah keadaan jika kita berada dalam situasi
kecemasan.
Ini antara tips keselamatan air atau water safety yang dikongsikan Pengarah
Kejurulatihan Akademi Aquaputra Malaysia, Dollah Said dengan kakitangan TV
AlHijrah di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah di sini pagi ini.
“Botol kosong ini jika diletakkan di bawah ketiak boleh menyebabkan kita terapung. Ini tips mudah yang kita boleh ajarkan pada anak-anak kita.
“Jika berlaku situasi cemas, anak-anak kita tahu botol boleh terapung, boleh selamatkan nyawa kita jika kena caranya,” katanya yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam keselamatan air.
Dollah yang juga lifeguard bertauliah juga
menasihatkan supaya kita membawa tali jika mahu mengikuti aktiviti air sama ada
di kolam, lata, sungai atau laut.
Sesi perkongsian water safety di aras studio di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah
Katanya, membawa atau menyediakan kayu atau
batang panjang yang boleh digunakan menyelamatkan individu lemas boleh mengubah
keadaan sepertimana tali boleh dilontarkan kepada mangsa lemas.
“Ukuran tali yang sesuai adalah 15 meter panjang, jenis nylon pun boleh, orang kita panggil tali kambing (tali biasa),” kata Dollah menjelaskan ukuran itu adalah standard tali yang boleh digunakan untuk menyelamatkan mangsa di kolam.
Ini kerana ukuran kolam mengikut standard
adalah 50 meter panjang dan 25 meter lebar dan ukuran itu mampu meliputi radius
mangsa lemas di tengah-tengah kolam dari mana-mana penjuru.
Jika sebelum ini, kita menganggap teknik
berenang dan tunda (swim and tow) sebagai teknik popular menyelamatkan mangsa,
Dollah berkata, teknik itu hanya dilakukan jika tiada pilihan kerana ia boleh
mengundang maut jika gagal dilaksanakan dengan sempurna.
“Apa-apapun tidak boleh ada body contact dengan mangsa lemas kerana mereka mungkin menarik kita ke dalam air, hanya penyelamat berpengalaman boleh melakukan teknik berenang dan tunda atau menjadikannya pilihan terakhir (berenang dan tunda),” katanya.
Dollah menunjukkan teknik menghulurkan kayu kepada mangsa lemas. Foto AlHijrah Online
Teknik terbaik untuk menyelamatkan mangsa
adalah menghulurkan kayu atau sesuatu yang boleh dicapai mangsa lemas,
melontarkan tali dan membuat rantaian manusia dengan persediaan cukup.
“Jika orang lemas pertama sekali kita boleh jerit minta tolong, mencari lifeguard dan membuat panggilan kecemasan. Jika orang lemas diselamatkan kita boleh memberi bantuan CPR jika tahu dan ini boleh menyelamatkan nyawa,” katanya.
Dollah berkata mengetahui teknik asas
keselamatan air adalah penting walaupun seseorang itu tidak tahu berenang.
“Tapi adalah lebih baik jika kita belajar berenang kerana semua orang boleh berenang jika dia mahu. Yang penting kena ada water confidence dan jangan panik,” katanya menamatkan sesi perkongsian dengan kakitangan AlHijrah.
Tim Akademi Aquaputra Malaysia di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah
Dollah dan tim Akademi Aquaputra Malaysia turut
mengadadakan sesi praktikal menyelamatkan mangsa lemas menggunakan lontaran
tali, teknik mengendalikan mangsa lemas ketika berenang dan tunda serta
mengenali beberapa peralatan asas keselamatan air termasuk jaket keselamatan
dan pelampung. – AlHijrah Online/Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests